Benih dibeli dari internet, sepeket rm25 dapat 1000 biji. Nak semai cili ni ada tekniknya, kalau kena insyaAllah hasilnya cepat, kalau salah cara, hasil ada tapi lambat.
![]() |
| Penyediaan tapak semaian |
Cili ni benih dia keras, sebab tu kalau lubang tandas, najis banyak biji cili, x boleh dihadam. So, yang terbaiknya benih cili direndam dahulu selama 3 hari dengan air panas. Supaya pucuk dan akarnya mudah keluar. Selepas 3 hari, keringkan benih dengan surat khabar, kemudian pindahkan satu-persatu ke tray semaian. Kaedah saya gunakan ialah untuk tanaman komersial.
![]() |
| Benih sudah dipindah pada tray semaian |


No comments:
Post a Comment