Monday, 23 June 2014

Mulbery 2

Tunas mulbery biasa terdapat pada batang pokok yang dicantas. Ia mudah dilihat dan dikenalpasti. Biasanya mata tunas yang segar dan baru diambil berwarna hijau coklat. Malah kadang-kala hijau sepenuhnya. Tunas yang yang berwarna coklat biasanya sudah kering, peluang untuknya hidup amat tipis.


Mata tunas biasanya tumbuh pada daun pokok

Mata tunas potensi untuk bercambah

Selepas mencantas pokok, batang boleh terus dicucuk pada tanah lembap sama ada pasu atau tanah. Macam ibu saya, dia terus cucuk pada tanah pasu yang lembap.


Tunas dah mula keluar daun, x lama lagi keluar buah

Sunday, 22 June 2014

Mulbery

Pokok mulbery mudah naik asalkan tanah sentiasa lembap. Ada tips nak kasi cepat naik pokok ni. Antaranya, sebelum ditanam pada tanah, eloklah direndam sebahagian batang pokok terlebih dahulu dengan air selama seminggu. Tujuannya supaya batang sentiasa segar, dan kudupnya sentiasa hijau. Untuk pengetahuan, kudup itulah akan keluarnya anak pokok yang baru.

Batang pokok mulbery yang diasingkan dari daunnya
Kebetulan jiran rumah saya entah kenapa cantas pokok mulbery yang kami tanam (mungkin sebab depan rumah dia, tapi at least bgtau kami), takpelah, dia pun baru sampai sini, mungkin tak tahu. Lebihan batang yang dia buang tu kami ambil dan diracikkan daunnya. Untuk pengetahuan, daun mulbery amat bagus terhadap kesihatan manusia sebagai sumber kalsium. Biasa orang cina ambil daunnya untuk buat sup atau dikeringkan menjadi daun teh. Kami ambil daunnya dan dibersihkan untuk dibuat sup ayam (sedap).

Daun yang akan dicuci
Batang pokok ini ada yang kami jual dan sebahagiannya kami tanam. Ibu saya terus cucuk pada tanah lembap, boleh juga ikut kaedah ini, tapi saya rendam dulu supaya keluar putik sikit. Pokok ni ada getah, so akan ada bau kurang enak sikit masa rendaman air tu.