Friday, 25 July 2014

update Rozella

Pokok Rozella hari ke 5

Anak pokok rozella dah naik, lagi sebiji x naik, yang sebelah kiri pokok kurma

Cubaan semai Rozella alhamdulillah naik. Semua kuasa Allah.Subhanallah.

Tuesday, 22 July 2014

Cili padi 2


Di samping tanam komersial, ada jugak tanam main-main. 

Cili padi kampung tanam sesaje, alhamdullillah dah naik
Benih ni main tabur je, alhamdulillah naik. Sekarang dah besar dah pokok, tunggu bunga je.

Pokok Cili padi kampung dah besar

Usia sekitar 2 bulan, pokok ni eksperimen, macam2 dah rasa. Orang tua kata air basuhan beras bagus, so saya cuba. Basuhan ikan pun sama. Siram beras ok, tiba time air ikan, pokok semua lembik, bau busuk. Rupanya salah masuk. Ibu saya tersalah buat, bukan basuhan ikan tapi rebusan ikan. Mujur sempat diselamatkan. Next time memang xde dah. Tak lama kemudian pokok sihat semula. Kali ini try baja pekat. Kesannya sama, pokok layu, habis daun rosak, ada rembeskan garam sedikit.













Cili padi

Semaian cili

Benih dibeli dari internet, sepeket rm25 dapat 1000 biji. Nak semai cili ni ada tekniknya, kalau kena insyaAllah hasilnya cepat, kalau salah cara, hasil ada tapi lambat.


Penyediaan tapak semaian

Cili ni benih dia keras, sebab tu kalau lubang tandas, najis banyak biji cili, x boleh dihadam. So, yang terbaiknya benih cili direndam dahulu selama 3 hari dengan air panas. Supaya pucuk dan akarnya mudah keluar. Selepas 3 hari, keringkan benih dengan surat khabar, kemudian pindahkan satu-persatu ke tray semaian. Kaedah saya gunakan ialah untuk tanaman komersial.

Benih sudah dipindah pada tray semaian


Monday, 21 July 2014

Rozella 2

Pokok Rozella hari ke 4




Nampak daun dah terbuka sedikit

Kalfos

Baja Kalfos

Baja kalfos ialah baja organik yang boleh dibuat sendiri. Bahannya mudah sahaja, iaitu campuran kulit telur dan cuka. Hasil gabungan keduanya menghasilkan kalsium dan fosforus yang bagus untuk percambahan akar dan penggalakan buah pada pokok.




Rozella 1



Pokok Rozella hari ke 3


Benih Rozella didapati dari akak di group facebook, secara percuma. Berkat pemberiannya, alhamdulillah subur nampak hasilnya. Terima kasih atas pemberian.