Thursday, 12 February 2015

Foliar hormon terbaik

Produk yang bagus untuk tanaman anda, jujur saya katakan, mula-mula ingat pakcik yang jual kat saya ni tipu je, sampai sanggup offer murah kat saya, "Ini bukan produk buat belakang rumah punye! Ini dalam makmal kajian kat UK!" hah, sekali keluar makmal kat UK, pastu aku pun amekla, bayar kemudian katanya. "Pakcik jual ni bukan nak kejar duit, tapi nak kongsi ilmu kat kamu org muda,"kata pakcik tu. Hehe, kang x bayar kang. "Guna mudah je, amek 6 ke 10 titik pada air 1 liter, x payah banyak2, sikit je,"

Besoknya try eksperimen kat pokok cili bela depan rumah, yang botol hijau, untuk rangsang daun katanya, 10 titik, picit kat botol air mineral 1.5 liter, spray sekali semua pokok, besok nah... sekali memang betul daa...pucuk2 baru start naik, daun makin melebar, memang berkesan, 

Inilah yang barang baik pakcik Rahman, memang bagus produk lama ni


Kesan pokok cili baka lemon drop, tengok sulur dia, menjulang-julang ke langit!

Pokok cili Moruga Scorpian yang paling galak daunnya membesar, baru 2 hari dah lebar tapak tangan, perghh...


Monday, 4 August 2014

Balik kampung jumpa mulbery

Hari raya kelima, pagi-pagi lagi dah mula bertolak ke kampung kuala kangsar. Sampai di kampung, adik ajak ke belakang rumah opah. Sambil tersengih. Rupanya ambil kau, pokok mulbery besar gila berjuntai-juntai kat atas nun. Buah pun berlambak dah naik kering dah x terkutip. Adalah satu pemeluk budak kecil batang utamanya.

Buah yang ranum menunggu masa je


Punya la lama aku datang sini x perasan langsung pokok ni

Projek cili

Projek Cili

Sekarang sudah hampir 3 bulan umur pokok cili di sini. Ada yang sakit, mujur x banyak. Lepas je balik dari johor, terus siap-siap sediakan pancang untuk pokok sebab pokok dah banyak tersembam ke bumi (berat sangat). Saya dan adik-adik turut sekali tolong pasangkan pancang untuk kuatkan pokok-pokok ni.


Update Rozella

Perkembangan pokok rozella

Dah nak keluar daun kelima

Walaupun tinggal sehari sebab balik kampung, pokok rozella ni tetap membesar.

Friday, 25 July 2014

update Rozella

Pokok Rozella hari ke 5

Anak pokok rozella dah naik, lagi sebiji x naik, yang sebelah kiri pokok kurma

Cubaan semai Rozella alhamdulillah naik. Semua kuasa Allah.Subhanallah.

Tuesday, 22 July 2014

Cili padi 2


Di samping tanam komersial, ada jugak tanam main-main. 

Cili padi kampung tanam sesaje, alhamdullillah dah naik
Benih ni main tabur je, alhamdulillah naik. Sekarang dah besar dah pokok, tunggu bunga je.

Pokok Cili padi kampung dah besar

Usia sekitar 2 bulan, pokok ni eksperimen, macam2 dah rasa. Orang tua kata air basuhan beras bagus, so saya cuba. Basuhan ikan pun sama. Siram beras ok, tiba time air ikan, pokok semua lembik, bau busuk. Rupanya salah masuk. Ibu saya tersalah buat, bukan basuhan ikan tapi rebusan ikan. Mujur sempat diselamatkan. Next time memang xde dah. Tak lama kemudian pokok sihat semula. Kali ini try baja pekat. Kesannya sama, pokok layu, habis daun rosak, ada rembeskan garam sedikit.













Cili padi

Semaian cili

Benih dibeli dari internet, sepeket rm25 dapat 1000 biji. Nak semai cili ni ada tekniknya, kalau kena insyaAllah hasilnya cepat, kalau salah cara, hasil ada tapi lambat.


Penyediaan tapak semaian

Cili ni benih dia keras, sebab tu kalau lubang tandas, najis banyak biji cili, x boleh dihadam. So, yang terbaiknya benih cili direndam dahulu selama 3 hari dengan air panas. Supaya pucuk dan akarnya mudah keluar. Selepas 3 hari, keringkan benih dengan surat khabar, kemudian pindahkan satu-persatu ke tray semaian. Kaedah saya gunakan ialah untuk tanaman komersial.

Benih sudah dipindah pada tray semaian